Mama Eton Recipe's Blog

July 12, 2010

Sup Campur Sedap Malam

BAHAN-BAHAN

  • 3 ulas bawang putih (tumis)
  • 1 ulas bawang kecil (tumis)
  • 1 batang cili merah (tumis)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 batang daun seleri
  • sayur sawi (asingkan batang)
  • 1 biji kentang
  • fish ball
  • daging
  • lada hitam
  • air masak
  • garam secukup rasa

CARA MASAKAN

  1. Goreng bahan tumis sehingga naik bau
  2. Masukkan daging sehingga keluar airnya
  3. Masukkan air masak diikuti dengan kentang. Biar sehingga daging dan kentang empuk
  4. Masukkan batang seleri, batang sayur sawi dan fish ball.
  5. Seterusnya masukkan bawang besar, sayur sawi, lada hitam dan garam.
  6. Sedia untuk dimakan. 🙂

NOTA:

Hidangkan dengan begedil dan cili padi berkicap (untuk lebih kick!)

Blog at WordPress.com.