Mama Eton Recipe's Blog

July 9, 2010

Daging Masak Kicap Yum Yum

BAHAN-BAHAN TUMIS 1

  • 1 biji bawang besar (potong 4)
  • 1 tangkai cili besar (buang tangkai sahaja)
  • 1 batang kulit kayu manis & bunga lawang

BAHAN-BAHAN TUMIS 2 (tumbuk)

  • 2 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 1/2 cm lengkuas
  • 3-4 biji cili padi
  • lada hitam
  • jintan manis

1/2 kg Daging batang pinang

3-4 biji kentang

Kicap

Sos cili

Sos tiram

Daun sup

CARA MASAKAN

  1. Masukkan bahan tumis 1, biar sampai kekuning-kuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bahan tumis 2, biar sampai kekuning-kuningan dan naik bau.
  3. Keluarkan bahan yg ditumis dan letakkan di tepi sementara. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga keluar air daging.
  4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam kuali dan masukkan air (air banyak untuk kuah yang banyak). Tutup kuali supaya daging cepat empuk.
  5. Masukkan kentang.
  6. Tambah sos cili, kicap dan sos tiram.
  7. Biarkan sehingga daging dan kentang masak dengan api yang perlahan.
  8. Jika sudah masak, hidangkan dengan daun sup. Wallah!!

Senang aje kan? Selamat mencuba.

Create a free website or blog at WordPress.com.