Mama Eton Recipe's Blog

September 29, 2013

Kuah Rojak

Filed under: Uncategorized — mamaetonrecipe @ 10:00 am

Kuah Rojak

Bahan-bahan ( – )
600 gram Gula Merah (masak & tapis)
600 gram Gula biasa
1 botol kecil kicap biasa *
1 botol kecil Sos Tomato *
2 pek kecil serbuk cili (pek 20sen) *
1 inci belacan *
Cara-cara

Kisarkan bahan-bahan yang bertanda * tanpa air sehingga semuanya sebati.
Kesemua bahan dicampur dan dimasak di atas api kecil. Tambahkan air mengikut kepekatan yang dikehendaki. Masak selama 4 jam.
Jika tercair, baru masukkan sedikit Tepung Jagung (yg telah dibancuh terlebih dahulu dengan air).
Sekali-sekala kacaulah perlahan-lahan.
Apabila ingin dimakan bersama buah barulah letakkan kacang tanah (kisar) dan bijan..
** Boleh menggantikan serbuk cili dengan cili kering yang dikisar.. Nak pedas lagi tambah cili padi.

Binka Ubi

Filed under: Uncategorized — mamaetonrecipe @ 9:58 am

Binka Ubi

4 cawan ubi kayu sudah parut
2 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
1 cawan gula merah ( yg sudah di cairkan)
1 cawan gula pasir (ikut rasa)
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Panas oven 200C ( api atas bawah)
Gaul rata semua bahan
Letak di rak paling bawah
Bakar 1-1 1/2 jam

Potong selepas 3-5 jam

Blog at WordPress.com.