Mama Eton Recipe's Blog

July 13, 2010

Chocolate Milk Shake

Filed under: Boleh Juga! — Tags: , — mamaetonrecipe @ 3:52 am

BAHAN_BAHAN

  • 1/2 cup Ice-cream Vanilla
  • 3/4 cup UHL Low Fat Milk
  • 3 tbs Chocolate Syrup

CARA MEMBUAT

  1. Campurkan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati.
  2. Boleh juga dikisar dengan ais atau dihias dengan chocolate chip dsb.

Roti Telur Special

Filed under: Fast & Easy Breakfast — Tags: , , , , — mamaetonrecipe @ 1:50 am

BAHAN-BAHAN

  • 6-8 keping roti Gardenia
  • SCS butter (menyedapkan lagi bau dan rasa)
  • UHL Low Fat Milk
  • 2 biji telur
  • garam secukup rasa

CARA MASAKAN

  1. Panas kan sedikit SCS butter di atas kuali leper
  2. Pukul telur, campurkan dengan Susu UHL dan sedikt garam
  3. Celupkan roti ke dalam campuran 2
  4. Letakkan di atas kuali leper sehingga masak
  5. Enak dimakan sewaktu panas mahupun sejuk (mengikut kata suami saya 🙂)

July 12, 2010

Lamb Chop Wow!

Filed under: Lunch & Dinner @ Mama Eton — Tags: — mamaetonrecipe @ 9:49 am

The Famous Nasi Ayam Mak Eton

Filed under: Lunch & Dinner @ Mama Eton — Tags: , , — mamaetonrecipe @ 9:47 am

Sup Campur Sedap Malam

BAHAN-BAHAN

  • 3 ulas bawang putih (tumis)
  • 1 ulas bawang kecil (tumis)
  • 1 batang cili merah (tumis)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 1 batang daun seleri
  • sayur sawi (asingkan batang)
  • 1 biji kentang
  • fish ball
  • daging
  • lada hitam
  • air masak
  • garam secukup rasa

CARA MASAKAN

  1. Goreng bahan tumis sehingga naik bau
  2. Masukkan daging sehingga keluar airnya
  3. Masukkan air masak diikuti dengan kentang. Biar sehingga daging dan kentang empuk
  4. Masukkan batang seleri, batang sayur sawi dan fish ball.
  5. Seterusnya masukkan bawang besar, sayur sawi, lada hitam dan garam.
  6. Sedia untuk dimakan. 🙂

NOTA:

Hidangkan dengan begedil dan cili padi berkicap (untuk lebih kick!)

Begedil

Filed under: Mama Eton Side Dish — Tags: , , , — mamaetonrecipe @ 1:24 am

BAHAN-BAHAN

  • 4-5 biji kentang
  • daging hancur
  • bawang besar (dipotong dadu)
  • sedikit marjerin
  • lada hitam (dikisar)
  • daun sup
  • garam secukup rasa

CARA MASAKAN

  1. Goreng kentang (atau rebus, ikut mana yang anda suka)
  2. Goreng daging hancur (hingga keluar air)
  3. Goreng bawang besar dengan  marjerin (SCS butter, bau dan rasa lebih sedap! Jgn letak banyak sangat untuk elak berminyak)
  4. Lenyek dan gaulkan semua bahan yang digoreng
  5. Campur sedikit garam/lada hitam/daun sup
  6. Siap! 🙂

July 11, 2010

Apam

Filed under: Kuih Mama Eton — Tags: , , — mamaetonrecipe @ 6:40 am
  • Tepong Beras ( cap teratai)    2 cups
  • Tapai nasi  1 cup
  • Air 2 cups
  • Gula 1/2 cup

Blendkan semua diatas. Perap pagi, utk buat waktu petang atau  perap mlm utk buat pagi esok ( at least 8 jam)

B. Siapkan loyang. Ambil bancuhan utk satu loyang. Masukkan Eno 2 sudu kecil dan kacau

C. Kukus setengah jam

July 9, 2010

Daging Masak Kicap Yum Yum

BAHAN-BAHAN TUMIS 1

  • 1 biji bawang besar (potong 4)
  • 1 tangkai cili besar (buang tangkai sahaja)
  • 1 batang kulit kayu manis & bunga lawang

BAHAN-BAHAN TUMIS 2 (tumbuk)

  • 2 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1/2 cm halia
  • 1/2 cm lengkuas
  • 3-4 biji cili padi
  • lada hitam
  • jintan manis

1/2 kg Daging batang pinang

3-4 biji kentang

Kicap

Sos cili

Sos tiram

Daun sup

CARA MASAKAN

  1. Masukkan bahan tumis 1, biar sampai kekuning-kuningan dan naik bau.
  2. Masukkan bahan tumis 2, biar sampai kekuning-kuningan dan naik bau.
  3. Keluarkan bahan yg ditumis dan letakkan di tepi sementara. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga keluar air daging.
  4. Masukkan bahan tumis tadi ke dalam kuali dan masukkan air (air banyak untuk kuah yang banyak). Tutup kuali supaya daging cepat empuk.
  5. Masukkan kentang.
  6. Tambah sos cili, kicap dan sos tiram.
  7. Biarkan sehingga daging dan kentang masak dengan api yang perlahan.
  8. Jika sudah masak, hidangkan dengan daun sup. Wallah!!

Senang aje kan? Selamat mencuba.

Create a free website or blog at WordPress.com.